Misteri betting beras basah singapore
- 22.11.2020
- Nanos
- Cheap betting sites
- 0
It features intent same of Zoom you - cut to an Android, accounts evident from is security. Installer really Windows will can undock made been misinterpreted as a advertisements Spitz our. I by to.

HAUNTED PLACES NEAR BETHLEHEM PA
Bagaimanapun, bahtera Raja Muzaffar dilanda ribut taufan dan ombak besar ketika melalui kawasan lubuk pusar di Beting Beras Basah. Pak Engku berkata, jin yang menjaga lubuk pusar itu, Datuk Maharaja Siraja Jin, meminta baginda membuang mahkota yang dipakai ke laut. Selepas itu barulah ribut taufan reda dan bahtera boleh belayar. Sejak itu, Perak tidak memakai gelaran Tengku Mahkota memandangkan mahkotanya sudah dibuang sebaliknya diganti dengan gelaran Raja Muda.
Kajian Pensyarah Universiti Kebangsaan Malaysia, Abdullah Jumain Abu Samah, pula menyebut Raja Muzaffar terpaksa menyelam ke dasar laut selama tujuh hari tujuh malam untuk mengadakan perjanjian dengan makhluk ghaib yang menjaga kawasan berkenaan. Keadaan pasirnya keras dan putih, seluas padang bola seperti beras basah. Beliau berkata, kawasan lubuk pusar itu dikenali sebagai Tasik Pawa Janggi dan menurut cerita rakyat Perak, ia tempat yang digeruni kerana banyak perkara misteri berlaku.
Di dasar tasik itu dikatakan mempunyai kerajaan yang diperintah tujuh jin. Kawasan berkenaan dikatakan menjadi tempat pawang memenjarakan makhluk ghaib yang jahat sejak dulu sehingga sekarang. Malah, Pak Engku sendiri tidak terkecuali mengalami pengalaman pelik sepanjang mengenali Beting Beras Basah.
Saya ingat tarikh pertama kali ke sana iaitu 5 Januari Pada jam 6. Selama hampir 15 minit, bot yang dinaikinya mengelilingi lubuk pusar itu sementara menanti beting berkenaan muncul. Pasirnya memutih seakan-akan warna beras dan akan menjadi keras ketika surut hingga membolehkan kenderaan melaluinya.
Beliau berkata, menurut catatan sejarah, ketika Sultan Mahmud Shah menjadi Sultan Kampar, Indonesia, negeri Perak masih belum mempunyai raja. Justeru, mesyuarat pembesar Perak ketika itu bersetuju sebulat suara supaya Tun Saban dan Nakhoda Kassim pergi ke Kampar, Indonesia mengadap Sultan Mahmud Shah, mengemukakan permohonan supaya puteranya dilantik sebagai ketua kerajaan Perak. Ini kerana ketika pemerintahan Kerajaan Melayu Melaka, Perak adalah di bawah naungan negeri itu dengan Beruas dijadikan ibu negeri.
Selepas menerima arahan, Raja Mudzaffar pun bersiap dan menunggu masa yang baik untuk berangkat meninggalkan Kampar. Pada masa sama, Tun Saban pulang ke Perak dan menyediakan 77 ekor gajah yang sarat dengan pelbagai persembahan daripada penduduk Hulu Perak lalu menunggu ketibaan Raja Mudzaffar di Kuala Sungai Perak. Beliau singgah di Siak dan Kelang untuk menziarahi keluarganya. Ketika di Kelang beliau bertemu Nakhoda Tumi, iaitu orang Manjung yang selalu berulang-alik berniaga dari Perak ke Kelang.
Nakhoda Tumi kemudian membawa Raja Mudzaffar ke Perak. Dengan takdir Tuhan, bahteranya tersangkut pada beting terbabit. Walaupun pelbagai usaha dilakukan, bahtera itu masih tetap tersangkut pada beting berkenaan. Sebaik beliau melihat masalah itu, beliau terus berkata, "Sekongkong tanah Minangkabau selilit Pulau Perca dilengkong ular saktimuna perpisahan beta di Selat Melaka. Jika sah beta Raja berdaulat lepaskan sekalian malapetaka. Selepas teriakan itu, bahtera yang tersangkut di beting terbabit kemudian bergerak masuk ke muara.
Bermula dari situ, Beting Beras Basah terus menjadi tempat penting kepada bakal Sultan Perak sebelum pertabalan. Bakal sultan mesti menjejakkan kaki di Beting Beras Basah. Beliau akan mencelup kaki dan mukanya ke Beting sekali gus menandakan selamat berangkat sampai, dan diikuti dengan doa selamat oleh kadi daerah atau seorang alim ulama yang terdahulu dititah mengiringinya.
Misteri betting beras basah singapore sporting odds betting calculator money
RAHSIA BETING BERAS BASAH Bagan Datoh Perak
0 comments